Kutu jagung
| ||||||||||||||
Kutu jagung (bahasa Inggeris:maize weevil), nama saintifiknya Sitophilus zeamais, dikenali di Amerika Syarikat sebagai greater rice weevil (kutu beras besar)[1][2] ialah spesies kumbang dalam famili Curculionidae. Kutu jagung dapat dijumpai di banyak kawasan tropika seluruh dunia, dan di Amerika Syarikat, dan merupakan serangga perosak utama jagung.[3] Spesies ini menyerang tanaman dan produk bijirin yang disimpan, termasuk gandum, beras, betari,[4][5][6] oat, barli, rai, gandum kuda,[6] pea, dab biji kapas. Kutu jagung juga merosakkan jenis produk bijirin lain yang diproses dan disimpan, seperti pasta, ubi kayu,[5] dan pelbagai bijirin kasar dan kisar. Kutu jagung dikenali menyerang buah-buahan semasa disimpan, seperti epal.[7]
Saudara terdekat kutu beras,[6] kutu jagung mempunyai panjang 2.5 mm hingga 4 mm.[1][2] Kutu jagung kecil yang berwarna perang ini mempunyai empat tompok berwarna perang kemerahan pada penutup sayap. Kutu jagung mempunyai muncung kecil, panjang, dan antena bengkok .[6] Sitophilus zeamais kelihatan serupa dengan kutu beras (Sitophilus oryzae), tapi mempunyai tanda tompok yang lebih jelas pada penutup sayap, dan lebih besar.[2] Kutu jagung dapat terbang.[6]
Walaupun kutu jagung dan kutu beras kelihatan sama, dan senang dikelirukan daripada satu sama lain, terdapat beberapa ciri berlainan:[7]
0 komentar:
Posting Komentar